Thursday, 18 Syawwal 1443 / 19 May 2022

Getah-Getih Majapahit, Dwi Warna, Hingga Bendera Malaysia

Ahad 11 Aug 2019 08:48 WIB

Red: Muhammad Subarkah

Bendera Merah putih dan Bendera Jalur Gemilang Malaysia

Bendera Merah putih dan Bendera Jalur Gemilang Malaysia

Foto: Wikipedia
Warna merah putih ada dari zaman Majapahit hingga masa kini.

Oleh: Benny Ohorella, Penikmat Sejarah

Di Indonesia ada Bung Karno yang memilih warna bendera berdasarkan warna-warna yang sudah ada di nusantara sejak ribuan tahun lalu. Di Malaysia ada Mohamed bin Hamzah, juga dengan filosofi yang hampir serupa.

Bung Karno menyebut bahwa merah diambil dari warna darah dan putih diambil dari warna getah yang tumbuh dari bumi, berdasarkan pada nama panji kebesaran Majapahit, GETIH-GETAH SAMUDERA.

Di Indonesia mewujud menjadi Sang Saka Merah Putih, di Malaysia mewujud menjadi Jalur Gemilang. Yang masing-masing menjadi kebanggaan negerinya.

Bila Bung Karno telah lama dikenal masyarakat Indonesia sebagai salah satu yang mendorong pemakaian warna merah putih sebagai bendera, di Malaysia baru tahun 2005, setelah penggalian yang panjang dan cermat dilakukan di arsip negara, ditetapkan bahwa Mohamed bin Hamzah adalah pencipta bendera Malaysia.

Sebagian dari tulisan ini diambil dari grup Kesultanan Alam Melayu, sebuah grup Facebook dari saudara kita negeri jiran Malaysia. Di copy-paste apa adanya, agar kita juga paham bahasa Malaysia, yang bersama-sama bahasa Indonesia, diambil dari bahasa Melayu dialek Riau-Johor.

Kisah mengenai, bagaimana Allahyarham Mohamed bin Hamzah masih berusia 29 tahun, ketika Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu menganjurkan pertandingan merekacipta bendera bagi Tanah Melayu yang bakal merdeka. Allahyarham yang merupakan seorang arkitek Jabatan Kerja Raya Johor telah menyertai pertandingan tersebut. 373 karyawan telah menyertai pertandingan tersebut dan rekabentuk yang dikemukakan oleh Allahyarham menjadi salah satu daripada 3 reka bentuk yang terpilih untuk penilaian terakhir.

Undian dibuka kepada umum dan hasil undian yang disiarkan oleh The Malay Mail pada 29 November 1949 menunjukkan 42% telah memilih rekabentuk Allahyarham yang menampakkan pengaruh bendera Johor, negeri asal beliau. Kemudian ia diperakui oleh Majlis Raja-Raja pada 23 Februari 1950. Siapa kata ia “bendera penjajah”?

Jalur Gemilang tidak menciplak bendera Amerika Syarikat. Bendera Amerika Syarikat yang direka oleh Betsy Rose adalah diilhamkan oleh bendera Syarikat Hindia Timur Inggeris (East India Company - EIC) yang menjajah Amerika Utara sebelum 1776. Bendera EIC pula diambil daripada umbul-umbul Kerajaan Majapahit bernama “GETIH-GETAH SAMUDERA” yang mempunyai 9 jalur merah putih, selepas kapal EIC belayar ke Kepulauan Melayu pada abad ke-17. Siapa meniru siapa?

Kedua-dua Getih-Getah Samudera (jalur merah dan putih) dan Sang Dwaja/Pataka (merah dan putih) adalah variasi panji-panji kebesaran Kerajaan Majapahit. Jadi, kedua-dua Jalur Gemilang dan Sang Saka adalah warisan Nusantara. Malah, bendera jalur merah putih masih dikibarkan oleh Tentera Laut Indonesia dan dinamakan sebagai “Ular-Ular Perang”. Kaki geopolitik macam saya memang melihat Getih-Getah Samudera lebih padan dengan jati diri kita sebagai bangsa pelaut/maritim.

Sayang sekali, Allahyarham tidak lagi bersama kita. Kita tidak dapat tahu apakah motif Allahyarham memilih corak Getih-Getah Samudera. Yang dapat saya lihat, Allahyarham telah berusaha untuk menggabungkan warisan identiti agama (bulan bintang Uthmaniyyah) dan warisan bangsa (jalur merah putih Majapahit) dalam representasi yang begitu moden dan dinamik (betapa indahnya corak jalur melambai ketika dibelai angin). Malang sekali, kalau Allahyarham masih hidup, pasti hati beliau teriris dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Yuk koleksi buku bacaan berkualitas dari buku Republika ...
 
 
 
 
 
 

Dapatkan Update Berita Republika

BERITA LAINNYA